DADAH
Dadah
didefinisikan sebagai ubat-ubatan yang digunakan untuk menyembuhkan penyakit,
mengurangkan simptom atau mengubahsuai prosess kimia di dalam badan manusia
untuk tujuan tertentu. Dadah yang digunakan sebagai ubat-ubatan ialah seperti ‘paracetamol’ dan ‘antibiotic’. Kedua-dua jenis dadah ini dapat membantu menyembuhkan
manusia dari sakit-sakit ringan seperti demam, batuk, sakit kepala dan
selesema. Dadah juga terkandung dalam minuman seperti teh, kopi, nescafe dan
coklat yang dikenali sebagai ‘caffeine’.
Dadah rangsangan seperti ini tidak akan mengakibatkan ketagihan yang bermasalah
kepada individu yang menggunakannya, masyarakat dan negara. Lazimnya,
masyarakat mengenali dadah sebagai sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan
kepada individu dari segi fizikal, mental, emosi dan tingkah laku apabila
individu tersebut menyalahgunakan dadah. Individu yang menyalahgunakan dadah
akan menjadi ketagih dan sukar untuk mengawal penggunaannya.
Oleh
hal demikian, terdapat beberapa jenis dadah yang dilarang pengambilannya.
Seperti yang telah disenaraikan oleh Kerajaan Malaysia dalam Akta Dadah
Berbahaya 1952, penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, export, pemilikan
dan penyalahgunaan dadah telah diharamkan dalam negara Malaysia. Pengharaman dadah
juga telah dinyatakan dalam kitab suci Al-Quran dimana dadah dikaitkan dengan
perkataan khamr yang membawa maksud haram semua bahan yang memabukkan dan
menghilangkan akal. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 219
bermaksud: “Mereka bertnya kepada-Mu (Wahai Muhammd) tentang “al-khamr” dan
‘judi’. Katakanlah: “Pada kedua-duanya itu terdapat dosa besar dan beberapa
manfaat bagi manusia akan tetapi dosa keduanya itu lebih besar daripada
manfaatnya”.
Dadah
yang mengandungi bahan kimia proaktif memberi kesan ketara keatas sistem saraf
pusat iaitu otak dan saraf tunjang. Ciri-ciri lain dadah ini ialah penggunaanya
adalah bukan untuk tujuan perubatan dan didapati daripada sumber yang haram. Terdapat
beberapa jenis dadah seperti yang berikut:
1)
Opiat
|
sumber:Google image |
Dadah
ini diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah
popi lalu dikeringkan dan diproses menjadi dadah dalam kumpulan opiat iaitu
candu, mofin dan heroin. Opiat dapat menidurkan dan melegakan kesakitan. Ia
mempunyai potensi yang tinggi ketagihannya.
2)
Stimulan
|
sumber: google image |
Stimulan
ialah bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat.
Stimulan dapat meningkatkan kadar metabolisme badan dan menjadikan seseorang
lebih aktif. Contoh dadah jenis ini ialah amfetamin dan kokain.
3) Halusinogen
|
Sumber: google image |
Ia adalah ubat- ubatan terjadual dibawah kawalan
Kementerian Kesihatan. DMT, PCP,
meskalin dan LSD adalah dadah yang dikategorikan dibawah halusinogen. Kesan
penyalahgunaan ubat- ubatan ini sukar dibuktikan. Ia juga dapat menyebabkan kegilaan dan
kematian. Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh golongan ‘hippies’
pada tahun 1960-1970. Kini ia digunakan oleh kebanyakan penagih di
negara-negara barat.
4) Ganja
|
Sumber: Google image |
Pokok
ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timur
Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi
sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia. Bahan kimia psikoaktif utama yang
digunakan dalam dadah jenis ini ialah THC.
5) Depresen
|
Sumber: Google image |
Contoh
dadah jenis ini ialah ubat depresen, alkohol, GHB dan ketamin. Ubat depresen
ini akan bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau
menghentikan fungsi-fungsi tubuh.
Rajah
dibawah menunjukkan analisis penyalahgunaan dadah dalam kalangan rakyat
Malaysia pada tahun 2009. Berdasarkan rajah dibawah, sebahagian besar penagih
dadah adalah daripada golongan belia iaitu dalam lingkungan umur 19 tahun ke 39
tahun.
Daripada rajah tersebut dapat
kita simpulkan bahawa mungkin golongan belia ini yang menyalahgunakan dadah
kerana pengaruh dari rakan sebaya, mencari ketenangan jiwa disebabkan oleh
masalah yang berlaku dalam kehidupan mereka, masalah dan tekanan rumah tangga
dan kurang pengetahuan agama serta penghayatan nilai murni. Selain dari itu,
faktor-faktor lain yang mendorong individu tersebut mengambil dadah adalah
kerana kurang kasih sayang dari ibu bapa, ingin mengetahui dan mencuba merasai
dadah dengan sendiri dan mungkin juga individu tersebut berada dalam
persekitaran dimana pengedar-pengedar dadah itu mempengaruhi pengguna baru.
Manakala, kesan-kesan daripada
penyalahgunaan dadah dapat dilihat daripada empat sudut iaitu kesan kepada
penagih itu sendiri, kesan kepada keluarga penagih, kesan kepada masyarakat dan
kesan kepada negara penagih tersebut. Individu yang menagih dadah akan
menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya antara kumpulan
penagih dan pengedar dadah sahaja. Menagih dadah memberi kesan kepada fizikal
individu tersebut. Penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan
kelihatan seperti dalam khayalan. Daya tahan penyakit juga akan menjadi lemah
dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut.
Kesan penyalahgunaan dadah
terhadap keluarga pula ialah ia dapat menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga
serta membebankan keluarga dari segi masa tenaga dan wang yang banyak untuk kos
merawatnya. Antara kesan pengambilan dadah terhadap masyarakat pula ialah ia
dapat mengancam ketenteraman awam, menjejaskan perpaduan, pembangunan dan
kemajuan masyarakat serta berlaku permasalahan dalam masyarakat berkenaan
penagih dadah. Akhirnya, akibat daripada penyalahgunaan dadah ini akan
menyebabkan negara terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk menyediakan
rawatan dan pemulihan penagih dadah, kos kerugian daripada aktiviti jenayah
yang berlaku, dan sebagainya.
Oleh hal yang demikian, pihak
kerajaan perlu mengambil tindakan untuk menghindari dan menghalang kegiatan penyalahgunaan
dadah ini daripada berlaku dan berleluasa. Misalannya, kerajaan boleh memberi
hukuman yang berat seperti hukuman penjara 20 tahun dan 15 kali sebatan. Maka
dengan adanya hukuman yang berat ini, individu akan takut untuk melakukan
kesalahan penyalahgunaan dadah ini. Selain itu, pihak yang berkenaan juga boleh
melaksanakan aktiviti berbentuk ilmiah untuk mencegah penyalahgunaan dadah.
Contohnya, mengadakan pameran, seminar dan ceramah berkenaan penyalahgunaan
dadah. Daripada aktiviti seperti dapat memberi informasi, pengetahuan serta
pemahaman kepada masyarakat terutamanya golongan remaja tentang bahaya dadah.
Ibubapa juga perlu mengawasi dan bertanggungjawab dalam menjaga anak-anak
mereka. Kawalan kastam juga perlu ketat dan melaporkan kegiatan-kegiatan yang
mencurigakan kepada pihak yang berkenaan.
Kesimpulannya, dadah ialah
ubatan yang digunakan untuk merawat penyakit tetapi penyalahgunaan dadah telah
mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah sosial, kesihatan dan sebagainya.
Terdapat pelbagai jenis dadah dan tujuan penggunaan yang berbeza-beza serta
memberikan kesan yang hampir sama kepada penagihnya. Statistik menunjukan
golongan yang paling tinggi dalam kes penyalahgunaan dadah ini adalah golongan
belia yang disebabkan oleh beberapa faktor. Penyalahgunaan dadah bukan sahaja
memberi kesan kepada diri individu itu sendiri bahkan ia juga memberi kesan
kepada keluarga penagih, masyarakat dan negara. Pihak-pihak yang berkenaan
perlulah mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengatasi masalah ini.